Sunday, January 08, 2017

Walang goreng



Bukan sekadar minuman eksotik kopi luwak dan buah eksotik salak madu yang dapat saya cuba di Jogja, saya juga berpeluang merasa makan eksotik walang goreng buat julung-julung kalinya. Walang ertinya belalang.

Sebenarnya agak geli juga apabila melihat walang yang sudah digoreng ini kerana warnanya menyerupai lipas, terutama apabila melihat kakinya - memang terbayangkan kaki lipas. Tapi rasa ingin tahu saya mengatasi segalanya, apatah lagi bila Syafie Sahdan betsungguh-sungguh meyakinkan saya yang ianya enak - segera saya padamkan gambaran lipas dan gantikan ia dengan gambaran udang goreng rangup. (Masa ni rasa seperti sedang beraksi dalam rancangan Fear Factor. 😅)



Dan... saat saya merasa keenakan walang ini, saya sudah tidak boleh berhenti mengunyahnya... terus mencuba satu lagi dan satu lagi dan satu lagi... serta menggalakkan rakan-rakan yang lain untuk mencuba. Walau bagaimanapun, saya tidak tergamak untuk makan kepala belalang. Maka, hanya badannya yang saya makan dan kepalanya saya serahkan kepada supir kami Wandha Imawan untuk dimakan. 😁

Terima kasih Wandha, untuk pengalaman ini.

Buah salak



Orang Malaysia, kalau nampak buah salak di Indonesia, memang tersangatlah teruja. Kiranya buah ni sangat eksotik di Malaysia kerana agak sukar ditemui di mana-mana. Apatah lagi rakan-rakan saya yang berpeluang melihat buah ini di pokoknya.


Di gerai ini, di Jalan Kabupaten Sleman di Jogja, ada salak biasa dan salak madu. Walaupun saya bukan penggemar buah ini dan hanya merasa segigit saja, saya terpaksa akui yang salak madu sangat lazat. Harganya pula hanyalah IDR20000 sahaja untuk sekilo. Salak biasa pula cuma IDR7500 sekilo. Kalau ibu-ibu saudara saya ke sini, pasti berkilo-kilo diborong mereka.


Adakah anda penggemar buah salak? Cer komen sikit.


Saturday, January 07, 2017

Kopi Luwak Pawon


Tidak jauh dari Candi Pawon yang saya ceritakan sebelum ini, terdapat sebuah kedai kopi yang comel. Bukan kedai sebarang kedai, ianya juga merupakan sebuah rumah produksi kopi luwak (di Malaysia dipanggil kopi tahi musang), yang terkenal sebagai kopi yang paling mahal di dunia.

Bijian kopi yang masih bersalut tahi luwak dijemur dan dikeringkan.

Bijian kopi yang telah dicuci dan dibersihkan dijemur semula sehingga kering.

Walaupun telah lama tahu tentang kewujudan kopi ini, tidak pernah saya rasa teringin untuk merasanya. Saya fikir, gilalah saya kalau hendak minum sesuatu yang telah menjadi tahi... 😅 Siapa sangka akibat termakan desakan rakan-rakan, dan melalui penerangan yang diberikan oleh pihak produksi dan jaminan bahawa kopi ini 100% "hygenic", saya minum juga sesisip dua.

Kopinya saja yang perlu dibayar, kerepeknya boleh dimakan percuma. ;)

Harga sebungkus kopi luwak pawon ini adalah IDR400000 (lebih kurang RM126) untuk setiap 100 gram, terdapat dalam bentuk biji dan juga bentuk serbuk. Bagi secawan kopi luwak ini pula, harganya di sini adalah IDR25000 (RM8... ok la... murah sikit kot daripada kopi starbucks).

Walaubagaimanapun, kalau anda tanya saya apakah istimewanya - pada saya sama sahaja seperti kopi pekat yang lain, baik kopi Aceh, kopi Penang ataupun kopi di mana jua... iaitu pahit - kerana itulah saya tidak minum kopi. Jangan marah... 😁😅


Candi Pawon

Terdapat sebuah candi kecil yang dipanggil Candi Pawon, terletak di kawasan perkampungan Desa Brojonalan, Kecamatan Borobudur, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, kira-kira 1.7km sebelum tiba di Candi Borobudur.

Menurut penduduk tempatan, “pawon” bererti dapur. Bangunan candi ini dikatakan berbeza daripada yang lain, kerana kebanyakan candi bangunannya biasanya tertutup rapat, tetapi candi ini bangunannya mempunyai beberapa lubang angin. Kebanyakan candi lain juga mempunyai patung sembahan di dalamnya, tetapi yang ini kosong sahaja.

Untuk masuk ke Candi Pawon, pengunjung tempatan dikenakan IDR2000 seorang, manakala pengunjung dari negara luar dikenakan IDR3500 seorang. Candi Pawon dibuka setiap hari dari jam 07.00 - 18.00 waktu tempatan.


Anda dinasihatkan untuk tidak tergoda membeli barangan cenderahati di sini, kerana anda pasti menyesal kemudian. Saat anda keluar dari Candi Borobudur, terdapat ratusan gerai-gerai cenderahati yang menawarkan harga jauuuuuuh lebih murah berbanding di tempat ini.

Candi Borobudur




Borobudur yang merupakan candi Buddha Mahayana abad ke 9 terletak di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Monumen ini terdiri daripada 9 tingkat platform, 6 daripadanya berbentuk segiempat dan 3 selebihnya berbentuk bulat, dan terdapat satu kubah di tengah-tengah tingkat yang teratas.

Candi ini dihiasi dengan 2,672 panel berukir dan 504 patung Buddha. Kubah utama dikelilingi oleh 72 patung Buddha, setiap satu terletak dalam stupa berbentuk loceng yang berlubang-lubang. Merupakan antara monumen Buddha yang terhebat, Borobudur juga adalah candi Buddha yang terbesar di dunia.

Yuran masuk ke Borobudur bagi pelawat antarabangsa adalah USD20. (Saya ulangi... USD.

Maka tidak usahlah cuba-cuba membuat bajet dalam kiraan rupiah seperti kami, dalam bajet IDR250k (ikut bajet rakan yg pergi awal tahun). Lupa pula nilai ringgit yang telah menyusut. Di kaunter tiket terkurang IDR10k... hiks...

Juga usah cuba-cuba menyamar sebagai rakyat tempatan. Anda akan kantoi apabila diminta menunjukkan ke-te-pe (KTP). Malu nanti... 😅




Kalibiru: spot foto paling asyik di Jogja


Ada rakan-rakan yang bertanya, berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk ke Jogja? Agak sukar sebenarnya untuk menganggarkan bajet secara tepat di sana. Puncak Kalibiru di daerah Kulonprogo, yang  seumpama puncak tinjau buat salah satu taman negara di Jawa Tengah ini adalah contohnya.

Di sebalik foto-foto yang memukau di Kalibiru, kisahnya adalah tiada tiket masuk dikenakan untuk ke kawasan ini, walaupun bajet kami untuk tiket di sini adalah IDR 10,000. Walaubagaimanapun, anda perlu membayar sekiranya anda ingin menaiki spot-spot yang disediakan bagi yang ingin merakamkan foto di sini. Terdapat 6 spot foto yang disediakan dengan harga yang berbeza.



Spot yang paling popular adalah Spot Foto Panggung yang boleh memuatkan sehingga 8 orang dan sesuai untuk foto kumpulan, dan Spot Foto 1 untuk foto individu atau berpasangan. Ini adalah kerana, untuk ke puncak ini dari tempat parkir, anda perlu mendaki jalan yang amat curam - oleh itu ramai yang memilih untuk bergambar di kedua-dua spot ini kerana jaraknya yang paling hampir daripada pintu masuk. Mereka sanggup menunggu sehingga dua jam untuk giliran masing-masing.

Spot Panggung

Spot Foto 1

Seperti yang dirakamkan di dalam gambar-gambar ini, spot-spot foto ini merupakan pelantar-pelantar yang dibina tinggi di pinggir-pinggir tebing puncak Kalibiru. Anda perlu memanjat tangga kayu yang tegak untuk ke atas pelantar-pelantar tersebut. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan anda kerana petugas-petugas yang ada akan memastikan tali keselamatan diikat kemas di tubuh anda sebelum anda disuruh naik.

Krew-krew yang membantu memastikan keselamatan anda. Khemah adalah tempat untuk mereka memindahkan gambar digital ke telefon android anda.

Anda akan ditanya sama ada anda mempunyai fotografer peribadi, atau ingin menggunakan khidmat fotografer profesional yang disediakan. Untuk setiap foto digital, anda dikenakan IDR 5000. Bergambarlah semahu anda, tetapi bayaran hanya akan dikenakan untuk gambar yang anda pilih sahaja. (Kalau dah bergaya untuk 100 gambar, takkan nak pilih 1 saja kan?)

Nah... sekarang pasti anda faham kenapa sukar untuk menyediakan bajet dengan kos-kos tersembunyi seperti ini. (Terkagum juga betapa bijaknya rakyat Indonesia mencipta peluang pendapatan. )

Langkah-langkah kiri di Jogja

Buat rakan-rakan backpackers, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman yg tidak berapa manis di Jogja akibat tersilap perancangan. Itinerari kami di hari ketiga adalah 3 tempat iaitu Kalibiru, Borobudur dan Merapi.

Rancangan asal kami adalah ke Kalibiru di awal pagi... tapi saat akhir ditukar kepada Merapi untuk pemandangan matahari terbitnya, memandangkan jurupandu wisata kami memberitahu bahawa kami juga boleh melihat pemandangan matahari terbenam di Kalibiru nantinya.

Kami bercadang bertolak dari hotel jam 4 pagi,  namun malangnya salah seorang dari kami terlewat bangun, dan kami akhirnya keluar pada jam 4.45 pagi.

Perjalanan dari kota Jogja ke Merapi dalam 45 minit tapi rupanya di sini jam 5.30 pagi matahari sudah keluar. Sudah rezeki kami hanya untuk nampak matahari terbit dalam perjalanan sahaja.

Sampai ke tempat jeep yang menunggu pada jam 6 pagi, hari sudah pun terang-benderang. Kami dikhabarkan bahawa jeep telahpun menunggu sejak jam 4 pagi. Oleh itu, saya kira kami sepatutnya keluar hotel sekitar jam 3 pagi.  Ini adalah kesilapan kami yang pertama.



Kesilapan kedua kami ialah ke Borobudur waktu tengahari. Memang menempah untuk diri dibakar rentung di atas candi. Kami tiba dari Merapi sekitar jam 11.00  - 11.30 (ingatkan pagi) tetapi betul di bawah tangga candi jam 11.30 terdengar azan zohor... (mak aiii... patutla panas bebenor). Tahu-tahu selesai meronda dan bergambar di sana-sini, kepala terus sakit berdenyut-denyut... huhu. (Padan muka, sudahlah datang tengahari, sombong tak nak sewa payung pula. 5000 rupiah je pun...).



Entah kenapa kami terus tersilap langkah pada hari tersebut. Dari Borobudur, perjalanan adalah lebih kurang 1 jam ke Kalibiru. Menyangkakan waktu matahari terbenam  masih lama, kami berlengah2 ke Kalibiru. Setelah makan tengahari, dalam perjalanan kami singgah ambil gambar di sawah-sawah padi di Kulonprogo. Tiba di Kalibiru jam 4.30 petang, rupanya Kalibiru telahpun tamat waktu operasinya. Maka terpaksalah kami berpatah balik. Kalibiru bertukar menjadi kaligagal dan "lain kali".

Alhamdulillah lain kali kami itu direzekikan pada hari ke 5 dan terakhir kami di Jogja. Pemandangan di Kalibiru sungguh amat memukau dirakamkan dalam gambar-gambar yang diambil oleh fotografer profesional.



Pada yang ingin ke Jogja, saya cadangkan ke Kalibiru dahulu, kemudian Merapi, dan dapatkanlah pemandangan matahari terbenam kalian di Borobudur. (Tetapi mungkin agak sukar juga kerana Borobudur letaknya dalam perjalanan antara Merapi dan Kalibiru.)

Mungkin dengan perkongsian ini, rakan-rakan boleh merancang untuk perjalanan percutian yang lebih lancar dari kami. Aamiin...

Saturday, August 13, 2016

Istimewa rumah nenek

Lama tidak terdengar kokok ayam. Subuh tadi terdengar ayam berkokok dan terus terimbau kenangan lama. Waktu kecil-kecil dahulu, kalau terjaga dari tidur dan terdengar bunyi ayam berkokok, hatiku pasti terasa lega yang teramat-amat. Itu tandanya aku berada di rumah datuk dan nenek!

Kenapa lega?

Di rumah ada ibu bersuara halilintar dan sangat tegas (aku selalu kena rotan);
di rumah nenek ada nenek yang lembut bicara dan banyak bertolak-ansur. 😍

Di rumah ada adik-adik yang usianya lebih muda dan aku dipertanggungjawabkan sebagai kakak sulung;
di rumah nenek ada pakcik makcik yang lebih berusia daripadaku dan aku berpeluang menjadi adik kecil... 😁

Di rumah, dindingnya kiri kanan batu tidak bertingkap (rumah teres) dan halamannya kecil serta berpagar;
Di rumah nenek, dinding mana-mana arah pun ada banyak pintu dan tingkap, saujana mata memandang, manakala halamannya luas... di hadapan ada kolam ikan dan kebun jambu air, di tepinya pokok jambu batu dan pokok-pokok orkid, dan di belakangnya ada pokok sukun dan kebun nenas.

Di rumah, waktu senggang di isi dengan bermain basikal sekitar kawasan perumahan ataupun main berlakon-lakon dengan adik-adik di dalam bilik;
Di rumah nenek, waktu senggang aku dan makcikku bermain masak-masak pucuk paku yang di petik di kebun getah sebelah, dengan menggunakan kuali dan api sebenar di kebun nenek, atau membuat wau bulan dan melayangkannya bersama pakcik makcik yang lebih dewasa di halaman rumah jiran.

Indahnya kenangan hidup di kampung. 😊


Sunday, July 03, 2016

Rumah Perlindungan Nur Hati


Minggu lalu saya telah berpeluang mengunjungi rumah Nur Hati di Ampang, bersama rakan-rakan bekas pelajar Asrama Toh Puan Norashikin, Yayasan Selangor, mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) menyampaikan sebahagian sumbangan yang telah diterima drp cikpuan2 dan tuan2 yg dermawan. 

Rumah ini dihuni oleh 10 orang anak-anak terbuang dari peringkat bayi hingga ke 6 tahun, 15 orang anak-anak yg bersekolah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 3, dan selebihnya orang-orang dewasa (yg juga terbuang atau sedang menghadapi masalah) yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka seramai 48 orang kesemuanya. 

Rumah ini adalah antara rumah perlindungan yang masih agak dhaif di kota Kuala Lumpur. Oleh kerana mereka masih belum selesai urusan pendaftaran dgn JKM, mereka juga belum layak menerima bantuan drp pusat-pusat zakat atau organisasi2 formal; hanya mengharapkan sumbangan drp orang ramai sahaja. 

Sekiranya tuan2 dan cikpuan2 ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah menyumbang terus ke akaun pertubuhan Nur Hati seperti berikut:

CIMB 8600769854
BSN 14100-41-00016617-7

Didoakan rahmat Allah swt sentiasa bersama anda. Aamiin.

Rumah Perlindungan Opah Hasnah

Alhamdulillah diizinkan Allah buat saya dan beberapa orang rakan mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) yang diterajui oleh Puan Jati Faizah, bagi menyampaikan sumbangan rakan-rakan lain yang budiman, buat Opah Hasnah.

Nenek berusia 76 tahun ini memelihara lebih kurang 16 orang cucu di kediamannya di Bukit Kuda, Kelang. Beliau asalnya memelihara 6 orang cucu kandungnya yang ditinggalkan oleh 2 orang anak-anaknya yang telah lebih dahulu kembali ke rahmatullah.

Namun beliau kemudiannya diziarahi oleh individu-individu yang kononnya menitipkan anak-anak mereka "sekejap" sementara mereka keluar sebentar, tetapi ternyata tidak pulang-pulang untuk mengambil anak mereka.

Sebagai seorang yang lembut hati, beliau juga tidak mampu menolak bila ada yang terus-terang ingin menyerahkan bayi mereka kepadanya. Maka bertambahlah cucu-cucu Opah Hasnah.

Alhamdulillah menurut Opah Hasnah, Allah aturkan rezeki yang tidak putus-putus buat beliau dan cucu-cucunya. Ada sahaja pihak yang mengambil-berat akan kebajikan mereka.

Sekiranya anda juga ingin bertemu dan mengambil aura insan yang sungguh hebat ini, beliau boleh diziarahi di alamat No.20, Jalan Dato Mohd Sidin, Taman Ros, Bukit Kuda, Klang.

Jazakallahu khairan.

Sunday, May 08, 2016

Paragliding @ Paralayang

Apa yang saya pelajari tentang paragliding/paralayang dalam tempoh sehari bersama paragliders di Kuala Kubu Baru (walaupun saya tidak terbang):



1. Sama seperti memancing, sukan ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Sabar menunggu giliran, sabar menunggu angin yang datang dari arah yang tepat, juga sabar mendepani keadaan cuaca yang boleh berubah secara tiba-tiba.

Ada paragliders yang datang daripada Perak dan telah bersedia untuk terbang, tetapi terpaksa membungkus paralayangnya apabila hujan rintik mula turun secara tiba-tiba.

2. Tiada istilah datang pagi dan hendak pulang tengahari. Seluruh hari perlu diperuntukkan hanya untuk aktiviti ini.

Saya dan rakan-rakan bertolak daripada Cyberjaya sekitar jam 8.40 pagi dan tiba di KKB pada jam 11.00 pagi. Saya menunggu di puncak dengan ketinggian lebih kurang 1400m dengan harapan untuk terbang sejak waktu Zohor lagi. Namun, setelah 3 jam berada di puncak yang panas lagi kontang itu, akhirnya terpaksa turun dengan berjalan kaki selama hampir 1 jam.

3. Setiap paraglider perlu bersedia untuk "hiking". Ada antara yang saya temui, pernah mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Rinjani semata-mata untuk terjun bersama paralayang mereka daripada aras yang lebih tinggi untuk kepuasan maksima.

4. Setiap paraglider mempunyai kisah duka mereka. Jatuh tergolek perkara biasa, ada yang pernah terlanggar tembok batu, patah sana sini dan sebagainya.

Pendek kata, bukan mudah untuk terbang. Semua yang mudah, bermula dengan susah. Sama seperti kita saat mula belajar berjalan.

5. Bagi seorang freelancer seperti saya, sukan ini menawarkan salah satu opsyen bagi menghasilkan pendapatan. Bayangkan untuk membawa seorang penumpang di KKB, anda dibayar sebanyak RM250.

Namun begitu kos pelaburannya juga bukanlah murah. Untuk mendapatkan lesen, anda perlu melabur sebanyak RM1800 bagi menghadiri sesi latihan, dan sebanyak RM8000 - 11000 untuk membeli peralatan sukan paralayang ini.

Nah, menarik kan?

Sunday, January 03, 2016

Sibayak Volcano


Mt. Sibayak (Indonesian:Gunung Sibayak), is a small stratovolcano, or also called a composite volcano. Located in northern Sumatera, Indonesia, it overlooks the town of Berastagi.

Although its last eruption was more than a century ago, the many steam vents which produce crystalline sulfur, and hot springs on and around the volcanoes prove that geothermal activity is still high there.

Sulfurous gases has also caused acidic discolouration of the small crater lake. What's interesting, we can actually go inside the cold crater lake to take pictures in it!

At the height of 2212m/7257ft, the mountain is surprisingly quite easy to climb and has been popular amongst activity-based tourists in Medan.

To join me on my next trip here in May 2016, drop a message via WA +60133881855.

Wednesday, December 30, 2015

Sumur Abadi

Sumur Abadi is a hidden gem for tourists in the northern Sumatra. It's not known to many people, not even to most tourist guides in Medan. Hence, you can't really google this place and expect to find it.

"Sumur" means "well" in English. What's special about this well is it is also a fountain, springing hot boiling water out of it. It also has never dried up, not even during the draught season.

Don't confuse this well with Danau Abadi in Binjai. They are not the same. Well, you have a chance to visit it of you follow me there in May 2016, and you can be the first to blog all about it.

Monday, December 28, 2015

Medan City

Medan, the capital city of North Sumatera, is also the fourth largest city in Indonesia after Jakarta, Surabaya and Bandung. Despite being a busy economic hub of the region, Medan itself is not a tourist destination, but is a gateway to other popular tourist destinations like the beautiful crater lake, Lake Toba, and the cool mountaineous city of Berastagi.

Hiking at Sipiso-piso

Hiking down to the bottom of Sipisopiso is certainly not for the faint-hearted. There are literally hundreds of paved steps that one would have to take to get to the bottom which will make you think twice or thrice about continuing to do so.

Surprisingly, if you're persistent, you'll get there in just half an hour. What most of my team members didn't expect was the "rain shower" we got from the heavy fall... so do be prepared with a raincoat, and protect your handphone!

Sunday, December 27, 2015

Sipiso-Piso Waterfall

Located 45km away from Berastagi, at the nothern end of the famous Lake Toba is the highest waterfall in Indonesia. The 120m high waterfall is called Sipisopiso, due to its resemblance to a knife. It is formed by a small underground river which flows out to Lake Toba.


Saturday, December 26, 2015

Lots of things have happened since the last time I entered this blog. Things that have changed me. Things that have made me wiser. Things that have contributed to my personal growth.

Been trying to access this blog for quite some time (I think it's been two years), but due to my confusion of synchronizing my google accounts, I failed.

Happy that today I've succeeded. I've missed this forgotten public diary so much. Welcoming myself back to blogging! Yippee!

Monday, June 17, 2013

Instagram

For years, I had thought nothing would ever be more interesting than Facebooking that I had even almost dumped blogwriting. Until I bought a new handphone that came with Instagram. It's simply awakened the photographer in me.

Hmm... if you find it's hard to see me in FB these days, find me on Instagram. ;)

Monday, April 22, 2013

The ninth wonder of the world.


Have you heard of Rule 72?

Rule 72 is a formula to count how many years it takes for your money to double. For example, if you keep your money in an instrument that gives you something like 3% yearly returns (ie. fixed or mudharrabah accounts), and you want to know when your RM100 would become RM200, you just divide 72 by 3. The answer is 24, meaning it would take 24 years for your RM100 to become RM200.

It also gives you an insight of how fast your money will lose it's value. I mean, when your RM200 in the future will be of the same value with your RM100 today. 72 divides by the present inflation rate, for example 4%, equals 18. That means in 18 years time, for what you buy today at RM100, you would need to spend RM200 to get the same thing.

Just recall the price of a cup of coffee in our local restaurant some twenty years ago. How much was it? 60 sen? 70 sen? And what is the price now? RM 1.60, right?

Hence, a smart thing to do is to invest your money in an instrument that gives you a higher return than the inflation rate. If the instrument only gives you the same return rate as your country's inflation rate, it means your money doesn't grow in value! The value will remain the same.

Worse, if the instrument you choose gives you a lower return than the inflation rate. It means your money will shrink in value years from now!

However, do not be too greedy - remember, higher returns means it's a higher risk of investment. Make sure the risk you take suits your profile. Make sure your money is placed in a safe, LEGAL saving instruments!


(This article have also been published at www.facebook.com/HealthiWealthy)

WANG SIMPANAN ANDA DI BANK MAKIN KURANG SETIAP HARI WALAUPUN ANDA TAK KELUARKAN. TAK PERCAYA?

 Pernahkah anda mendengar tentang Hukum 72?

Hukum 72 digunakan dalam bidang kewangan untuk mengira berapa lamakah jangkamasa yang diambil bagi seseorang untuk menggandakan wangnya, seperti berapa lamakah untuk RM100 anda menjadi RM200.

Cara pengiraannya mudah. Anda hanya perlu tahu berapakah pulangan yang diberi oleh tempat di mana wang anda disimpan. Contohnya, akaun simpanan biasa atau al-wadiah memberi pulangan kira-kira 1% setahun. Maka angka 72 dibahagi dengan 1, jawapannya ialah 72. Wang anda akan mengambil masa 72 tahun untuk berganda jika disimpan dalam instrumen ini!

Akaun semasa atau al-mudharrabah pula memberi pulangan kira-kira 3% setahun. Maka 72 dibahagi dengan 3, jumlahnya ialah 24. Maka di dalam instrumen ini, wang anda akan mengambil masa hanya 24 tahun untuk bertambah 2 kali ganda! Ini bererti 48 tahun lebih cepat daripada akaun simpanan biasa!

Bagaimana pula jika wang anda disimpan dalam amanah saham yang memberi pulangan lebih kurang 8% setahun? 72/8 = 9. Hanya 9 tahun diperlukan untuk menggandakan wang anda melalui instrumen ini. Hebat bukan? Semakin tinggi pulangan yang diberikan oleh simpanan anda, semakin cepatlah ia berganda-ganda.

Hukum 72 juga digunakan untuk kita menganggarkan bilakah masanya wang kita akan susut nilainya sebanyak 50%. Bahagikan angka 72 dengan kadar inflasi di negara kita. Sekiranya kadar inflasi adalah 4%, maka 72/4 = 18. Ertinya dalam masa 18 tahun lagi wang RM100 anda akan jatuh nilainya bersamaan dengan RM50 sekarang!

Masihkah anda ingat harga sebiji kuih karipap 10 tahun yang lalu? Hanya 30 sen bukan? Tetapi sekarang, anda hanya boleh membelinya dengan harga 40 sen sebiji. Ertinya, wang kita telah susut nilainya sebanyak 25% dalam jangkamasa lebih kurang 10 tahun sahaja!

Maka, adalah lebih bijak sekiranya anda memilih instrumen simpanan yang memberikan anda kadar pulangan yang lebih daripada kadar inflasi. Sekiranya anda menyimpan wang anda sebanyak-banyaknya di dalam akaun simpanan biasa yang memberi pulangan hanya 1% setahun, sedangkan kadar inflasi adalah 4% setahun, ini bererti wang anda bukannya semakin berganda, tetapi semakin menyusut nilainya sebanyak 3% setahun!

Tetapi janganlah pula anda terlalu ghairah untuk mendapatkan pulangan wang yang terlalu tinggi. Perlu diingat, dalam pelaburan, semakin tinggi pulangan, ertinya risiko kerugian yang anda hadapi juga adalah lebih tinggi. Pastikan instrumen yang anda pilih adalah yang bersesuaian dengan “risk profile” anda. Jangan kerana ingin kaya cepat, anda terperangkap dalam skim cepat kaya! Berhati-hatilah dalam memilih instrumen simpanan atau pelaburan anda. Pastikan ianya mematuhi syari'ah dan undang-undang negara.


www.facebook.com/mimawealth