Pernahkah anda mendengar
tentang Hukum 72?
Hukum 72 digunakan dalam bidang kewangan untuk mengira berapa lamakah jangkamasa yang diambil bagi seseorang untuk menggandakan wangnya, seperti berapa lamakah untuk RM100 anda menjadi RM200.
Cara pengiraannya mudah. Anda hanya perlu tahu berapakah pulangan yang
diberi oleh tempat di mana wang anda disimpan. Contohnya, akaun simpanan
biasa atau al-wadiah memberi pulangan kira-kira 1% setahun. Maka angka
72 dibahagi dengan 1, jawapannya ialah 72. Wang anda akan mengambil masa
72 tahun untuk berganda jika disimpan dalam instrumen ini!
Akaun semasa atau al-mudharrabah pula memberi pulangan kira-kira 3%
setahun. Maka 72 dibahagi dengan 3, jumlahnya ialah 24. Maka di dalam
instrumen ini, wang anda akan mengambil masa hanya 24 tahun untuk
bertambah 2 kali ganda! Ini bererti 48 tahun lebih cepat daripada akaun
simpanan biasa!
Bagaimana pula jika wang anda disimpan dalam
amanah saham yang memberi pulangan lebih kurang 8% setahun? 72/8 = 9.
Hanya 9 tahun diperlukan untuk menggandakan wang anda melalui instrumen
ini. Hebat bukan? Semakin tinggi pulangan yang diberikan oleh simpanan
anda, semakin cepatlah ia berganda-ganda.
Hukum 72 juga
digunakan untuk kita menganggarkan bilakah masanya wang kita akan susut
nilainya sebanyak 50%. Bahagikan angka 72 dengan kadar inflasi di negara
kita. Sekiranya kadar inflasi adalah 4%, maka 72/4 = 18. Ertinya dalam
masa 18 tahun lagi wang RM100 anda akan jatuh nilainya bersamaan dengan
RM50 sekarang!
Masihkah anda ingat harga sebiji kuih karipap 10
tahun yang lalu? Hanya 30 sen bukan? Tetapi sekarang, anda hanya boleh
membelinya dengan harga 40 sen sebiji. Ertinya, wang kita telah susut
nilainya sebanyak 25% dalam jangkamasa lebih kurang 10 tahun sahaja!
Maka, adalah lebih bijak sekiranya anda memilih instrumen simpanan yang
memberikan anda kadar pulangan yang lebih daripada kadar inflasi.
Sekiranya anda menyimpan wang anda sebanyak-banyaknya di dalam akaun
simpanan biasa yang memberi pulangan hanya 1% setahun, sedangkan kadar
inflasi adalah 4% setahun, ini bererti wang anda bukannya semakin
berganda, tetapi semakin menyusut nilainya sebanyak 3% setahun!
Tetapi janganlah pula anda terlalu ghairah untuk mendapatkan pulangan
wang yang terlalu tinggi. Perlu diingat, dalam pelaburan, semakin tinggi
pulangan, ertinya risiko kerugian yang anda hadapi juga adalah lebih
tinggi. Pastikan instrumen yang anda pilih adalah yang bersesuaian
dengan “risk profile” anda. Jangan kerana ingin kaya cepat, anda
terperangkap dalam skim cepat kaya! Berhati-hatilah dalam memilih
instrumen simpanan atau pelaburan anda. Pastikan ianya mematuhi syari'ah
dan undang-undang negara.
www.facebook.com/mimawealth
Monday, April 22, 2013
WANG SIMPANAN ANDA DI BANK MAKIN KURANG SETIAP HARI WALAUPUN ANDA TAK KELUARKAN. TAK PERCAYA?
Labels:
money matters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment