Saturday, January 07, 2017

Candi Pawon

Terdapat sebuah candi kecil yang dipanggil Candi Pawon, terletak di kawasan perkampungan Desa Brojonalan, Kecamatan Borobudur, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, kira-kira 1.7km sebelum tiba di Candi Borobudur.

Menurut penduduk tempatan, “pawon” bererti dapur. Bangunan candi ini dikatakan berbeza daripada yang lain, kerana kebanyakan candi bangunannya biasanya tertutup rapat, tetapi candi ini bangunannya mempunyai beberapa lubang angin. Kebanyakan candi lain juga mempunyai patung sembahan di dalamnya, tetapi yang ini kosong sahaja.

Untuk masuk ke Candi Pawon, pengunjung tempatan dikenakan IDR2000 seorang, manakala pengunjung dari negara luar dikenakan IDR3500 seorang. Candi Pawon dibuka setiap hari dari jam 07.00 - 18.00 waktu tempatan.


Anda dinasihatkan untuk tidak tergoda membeli barangan cenderahati di sini, kerana anda pasti menyesal kemudian. Saat anda keluar dari Candi Borobudur, terdapat ratusan gerai-gerai cenderahati yang menawarkan harga jauuuuuuh lebih murah berbanding di tempat ini.

No comments: