Alhamdulillah diizinkan Allah buat saya dan beberapa orang rakan mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) yang diterajui oleh Puan Jati Faizah, bagi menyampaikan sumbangan rakan-rakan lain yang budiman, buat Opah Hasnah.
Nenek berusia 76 tahun ini memelihara lebih kurang 16 orang cucu di kediamannya di Bukit Kuda, Kelang. Beliau asalnya memelihara 6 orang cucu kandungnya yang ditinggalkan oleh 2 orang anak-anaknya yang telah lebih dahulu kembali ke rahmatullah.
Namun beliau kemudiannya diziarahi oleh individu-individu yang kononnya menitipkan anak-anak mereka "sekejap" sementara mereka keluar sebentar, tetapi ternyata tidak pulang-pulang untuk mengambil anak mereka.
Sebagai seorang yang lembut hati, beliau juga tidak mampu menolak bila ada yang terus-terang ingin menyerahkan bayi mereka kepadanya. Maka bertambahlah cucu-cucu Opah Hasnah.
Alhamdulillah menurut Opah Hasnah, Allah aturkan rezeki yang tidak putus-putus buat beliau dan cucu-cucunya. Ada sahaja pihak yang mengambil-berat akan kebajikan mereka.
Sekiranya anda juga ingin bertemu dan mengambil aura insan yang sungguh hebat ini, beliau boleh diziarahi di alamat No.20, Jalan Dato Mohd Sidin, Taman Ros, Bukit Kuda, Klang.
Jazakallahu khairan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment