Bukan sekadar minuman eksotik kopi luwak dan buah eksotik salak madu yang dapat saya cuba di Jogja, saya juga berpeluang merasa makan eksotik walang goreng buat julung-julung kalinya. Walang ertinya belalang.
Sebenarnya agak geli juga apabila melihat walang yang sudah digoreng ini kerana warnanya menyerupai lipas, terutama apabila melihat kakinya - memang terbayangkan kaki lipas. Tapi rasa ingin tahu saya mengatasi segalanya, apatah lagi bila Syafie Sahdan betsungguh-sungguh meyakinkan saya yang ianya enak - segera saya padamkan gambaran lipas dan gantikan ia dengan gambaran udang goreng rangup. (Masa ni rasa seperti sedang beraksi dalam rancangan Fear Factor. 😅)
Dan... saat saya merasa keenakan walang ini, saya sudah tidak boleh berhenti mengunyahnya... terus mencuba satu lagi dan satu lagi dan satu lagi... serta menggalakkan rakan-rakan yang lain untuk mencuba. Walau bagaimanapun, saya tidak tergamak untuk makan kepala belalang. Maka, hanya badannya yang saya makan dan kepalanya saya serahkan kepada supir kami Wandha Imawan untuk dimakan. 😁
Terima kasih Wandha, untuk pengalaman ini.
No comments:
Post a Comment