TOYOTA LAND CRUISER MERAPI menawarkan sewaan jeep Land Cruiser lengkap dengan pemandu kepada para pelancong sebagai kemudahan untuk mengelilingi kawasan lereng Merapi. Kami menyewa dua buah jeep, setiap satu dengan bayaran IDR450k dan dikongsi bertiga.
Dari basecamp, kami terus dibawa menuju ke bunker Kaliadem, tetapi dalam perjalanan, sempat juga kami berhenti di spot foto yang menarik untuk menikmati pemandangan Gunung Merapi.
Bunker merupakan ruang lindung darurat yang dibina di Desa Kaliadem yang jaraknya 4.5km dari puncak Merapi sebagai kemudahan bagi pengunjung objek wisata di kawasan Merapi untuk berlindung sekiranya terjadi letusan. Dikhabarkan semasa letusan Merapi yang terakhir, terdapat mangsa yang mati terperangkap di sini kerana bunker ini hanya dapat melindungi mangsa daripada letusan debu, bukan letusan lava.
Dari Kaliadem, kami dibawa melihat batu alien, iaitu batu yang terlontar dari Merapi dan dibawa aliran lahar material sampai ke Kampung Jambu. Uniknya batu ini mirip dengan wajah manusia, lengkap dengan mata, hidung, mulut dan telinga. Oleh itu penduduk setempat menggelarnya sebagai batu alien.
Akhir sekali, kami dibawa singgah ke Kampung Petung, iaitu kampung paling atas di lereng Merapi, 7 km daripada puncak, sebelum ianya musnah dalam letusan dahsyat yang terakhir. Kami mengunjungi muzium mini 'Omahku Memoriku', yang merupakan bekas rumah warga yang terkena terjangan awan panas yang melanda kampung ini. Di sini kami melihat sisa letusan Gunung Merapi seperti gelas, botol, peralatan rumah, tulang-tulang sapi dan yang paling utama adalah jam erupsi - detik jam terhenti sebaik sahaja letusan terjadi.
Sekiranya anda ke Jogja, jangan lepaskan peluang untuk ke Merapi menggunakan khidmat Land Cruiser. Ia pasti menjadi satu pengalaman yang tidak akan anda lupakan.
Jogja Istimewa. 😉
GOLF KCS VS MANTAN KCS
9 months ago
No comments:
Post a Comment