Saturday, January 07, 2017

Kopi Luwak Pawon


Tidak jauh dari Candi Pawon yang saya ceritakan sebelum ini, terdapat sebuah kedai kopi yang comel. Bukan kedai sebarang kedai, ianya juga merupakan sebuah rumah produksi kopi luwak (di Malaysia dipanggil kopi tahi musang), yang terkenal sebagai kopi yang paling mahal di dunia.

Bijian kopi yang masih bersalut tahi luwak dijemur dan dikeringkan.

Bijian kopi yang telah dicuci dan dibersihkan dijemur semula sehingga kering.

Walaupun telah lama tahu tentang kewujudan kopi ini, tidak pernah saya rasa teringin untuk merasanya. Saya fikir, gilalah saya kalau hendak minum sesuatu yang telah menjadi tahi... 😅 Siapa sangka akibat termakan desakan rakan-rakan, dan melalui penerangan yang diberikan oleh pihak produksi dan jaminan bahawa kopi ini 100% "hygenic", saya minum juga sesisip dua.

Kopinya saja yang perlu dibayar, kerepeknya boleh dimakan percuma. ;)

Harga sebungkus kopi luwak pawon ini adalah IDR400000 (lebih kurang RM126) untuk setiap 100 gram, terdapat dalam bentuk biji dan juga bentuk serbuk. Bagi secawan kopi luwak ini pula, harganya di sini adalah IDR25000 (RM8... ok la... murah sikit kot daripada kopi starbucks).

Walaubagaimanapun, kalau anda tanya saya apakah istimewanya - pada saya sama sahaja seperti kopi pekat yang lain, baik kopi Aceh, kopi Penang ataupun kopi di mana jua... iaitu pahit - kerana itulah saya tidak minum kopi. Jangan marah... 😁😅


No comments: