Selalunya kalau orang tanya, pernah tak aku menyesal kerana tinggalkan kerja sebagai guru sekolah dulu, aku akan jawab "tidak", kerana aku seronok menerokai pelbagai pengalaman baru semenjak meninggalkan "bangku cikgu sekolah". Mengajar di kolej atau di universiti juga kepuasannya berbeza sedikit - lebih banyak kemudahan dan kurang kekangan untuk berkreatif dalam kelas berbanding di sekolah.
Tapi di saat-saat begini, ketika anak-anak terpaksa kutinggalkan sendirian di rumah sempena cuti sekolah yang mana tak kena pula dengan cutiku... terdetik juga sekelumit rasa kesal... Masa aku meletak jawatan dulu, anak baru seorang dan masih kecil pula. Bila ditanya ibuku, "Tak sayang ke cuti panjang yang ada tu?", kubilang aku tak betah bercuti lama-lama, bisa mati kebosanan aku di rumah. Balas ibuku, "Esok bila anak dah besar, dan waktu cuti sekolah... baru nak menyesal." Dan benarlah apa yang dikatanya...
Nasib baiklah aku suka berkali2 suka kerjaku sekarang berbanding di sekolah dulu. Maka tidaklah aku sampai rasa terkilan atau rasa tersilap membuat keputusan.
Thursday, December 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment