Tuesday, January 27, 2009

Kiraan 1-100 Naufal

Kelakar bila dengar Naufal mengira menggunakan logik akalnya. Bukan tak pernah ajar, tapi mungkin dia lupa...


Naufal : Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan... Sepuluh, sepuluh satu, sepuluh dua, sepuluh tiga...

Ummi : Salah tu Naufal... mana ada sepuluh satu, sepuluh dua.... lepas sepuluh, sebelas, dua belas....

Naufal : Ok, Naufal sambung kira... sebelas, dua belas, tiga belas, empat belas, lima belas, enam belas, tujuh belas, lapan belas, sembilan belas...lepas tu apa mi?

Ummi : Dua puluh...

Naufal : Ok, dua puluh, dua puluh satu, dua puluh dua... (dan seterusnya) dua puluh sembilan... lepas tu apa mi?

Ummi : Lepas nombor dua, nombor apa?

Naufal : Tiga

Ummi : Ok, lepas nombor dua puluh, tiga puluh la...

Naufal : Ok, lepas tu tiga puluh satu, tiga puluh dua, tiga puluh tiga ... tiga puluh sembilan, lepas tu apa mi?

Ummi : Lepas nombor tiga, nombor berapa?

Naufal : Nombor empat...

Ummi : Jadi lepas tiga puluh, berapa puluh pulak?

Naufal : Ha... Naufal tau! Empat puluh...

Ummi : Pandai pun!

Naufal : Empat puluh satu, empat puluh dua... empat puluh sembilan... lepas tu lima puluh, kan mi?

Ummi : Ha, betul... pandai Naufal...

Naufal : Lima puluh satu, lima puluh dua...


Naufal pun terus mengira, dan setiap kali sampai ke puluh yang seterusnya, akan berhenti untuk mengesahkan betul tidak kiraannya... hinggalah...


Naufal : Lapan puluh sembilan... sembilan puluh, kan mi?

Ummi : Ya...

Naufal : Sembilan puluh satu, sembilan puluh dua, sembilan puluh tiga, sembilan puluh empat... sembilan puluh sembilan... sepuluh puluh (dengan penuh keyakinan).


Aku pun apa lagi... terbahak-bahak ketawakan dia...


Ummi : Salah la Naufal... mana ada nombor sepuluh puluh... lepas sembilan puluh sembilan, satu ratus!

Naufal : (Ketawa) Ok, satu ratus...


Dalam hati, kesian pula pada Naufal. Tak patut aku gelakkan dia... nasib baiklah Naufal seorang yang positif, setiap kali aku ketawakan kesalahannya pasti dia ketawa sama dan menerima pembetulan yang di ajar. Berbanding Irsyad masa kecil dulu...pasti dah muncung dan merajuk.

1 comment:

Azimah Mima said...

Naufal kini boleh mengira 1-1000. Seperti yang ku jangka, nombor 1000 Naufal ialah "sepuluh ratus". He he... kira faham konsep la tu...