Monday, September 29, 2008

Di ambang perpisahan


Buka puasa with my first babies in USIM.

Ramadhan hampir pergi,
amalan tak cukup lagi,
masihkah ada umur kami,
untuk bertemumu sekali lagi?

Setiap kali kauhampir meninggalkan kami,
setiap kali itu aku berjanji,
akan kubuat itu dan ini,
jika diizinkan-Nya bertemumu lagi.

Setiap kali itu juga kurasa,
kaupasti berasa hampa,
apa kukata tidak dikota,
peluang yang ada kusia-sia.

Apa yg nyata aku jua yg rugi,
sedangkan engkau semakin pergi,
insya Allah kaukan datang lagi,
hanya aku yg tidak pasti,
apakah umurku masih berbaki,
untukku bertemu denganmu sekali lagi?

Wahai Ramadhan, selamat jalan,
mudah2an amalan kurangku ini diterima Ya Rahman,
segala khilafku Dia ampunkan,
dan umurku Dia panjangkan,
agar mampu bersamamu lagi di tahun hadapan.



Mom's birthday



Buka puasa with my new USIM kids:
Haziq, Nabila, Syaima, Fisha, Miza, Nurul, Ain, Safiyyah, Sa'adah, Fazren, Hani, Mu'azzah


1 comment:

momotaro said...

meriahnya...where's another picture?I want to copy...hihi..slamat hari raya..
krm salam kat naufal n irsyad...