Last year, I took an American friend to Kampung Baru where we had the much-heard Nasi Lemak Antarabangsa (International Fragrant Rice) and she really loved it, though I wasn't really impressed. I mean... I've tasted better nasi lemak in lots of other places
.
Little did I know if I had walked just 50 metres further, I would have reached a much better spot for nasi lemak. And last night, my family and I happened to have found out about it. To our surprise, not only this restaurant looks bigger, cleaner and more presentable, the nasi lemak and the sambal (sauce) are also much more delicious than the previous one we had
.
And to complete it, they have this mango juice that you simply would die for - I would say it's 80% mango, and 20% water+milk. I thought I would never find better #mango juice than in Kota Kinabalu but now I know I don't have to go back there to enjoy a good glass. It's heaven! My hubby had a cup of coffee, and he said it was really good too
.
It seems that this restaurant was the first ever nasi lemak restaurant to be established in Kampung Baru and has been there for more than 50 years. Impressive, isn't it? Now we already know the best #nasilemak spot in #KualaLumpur for dinner or supper ππ
.
Mima Zohds
π·: @heyychadeyy
Showing posts with label foodtravel. Show all posts
Showing posts with label foodtravel. Show all posts
Monday, October 16, 2017
Friday, July 21, 2017
Padang rumput savana di Bromo
Tidak semua kawasan di Bromo dilitupi oleh pasir. Hanya beberapa kilometer di selatan Gunung Bromo, merentasi lautan pasir berbisiknya, terdapat kawasan Blok Savana yang dipenuhi rumput.
Pemandangan di sini amat berbeza daripada pemandangan di sekitar Gunung Bromo, namun tidak kalah indahnya. Kawasan yang bernama Lembah Jemplang ini turut digelar sebagai Bukit Teletubbies oleh penduduk tempatan.
![]() |
Laut Pasir Berbisik |
![]() |
Padang rumput savana |
Pemandangan di sini amat berbeza daripada pemandangan di sekitar Gunung Bromo, namun tidak kalah indahnya. Kawasan yang bernama Lembah Jemplang ini turut digelar sebagai Bukit Teletubbies oleh penduduk tempatan.
![]() |
"Three wise monkeys" di Bukit Teletubbiesπ |
Ada rakan-rakan yang memberitahu bahawa mereka tidak ke sini ketika melawat Bromo. Bagi saya ini adalah satu kerugian bagi setiap pencinta alam kerana flora di sini amat indah.
![]() |
Sebahagian daripada bunga-bunga rumput tinggi yang cantik. |
Di kawasan padang savana ini juga kami sempat mengisi perut yang kosong sejak awal pagi dengan bakso seorang peniaga muslimah.
Wednesday, May 17, 2017
Mengopi di Penanjakan
Untuk melihat matahari terbit di Bromo, kami perlu memulakan pendakian pendek ke puncak Gunung Penanjakan seawal jam 3.30 pagi. Jeep tidak dapat membawa kami terus ke puncak kerana ramainya orang dan banyaknya jeep lain yang turut ke sini. Suhu pada waktu ini di gunung setinggi lebih 2700m dari aras laut amatlah rendah dan bagi seseorang yang tidak biasa dengan cuaca sejuk, pendakian agak mencabar kerana tubuh dan pernafasan seolah-olah hampir beku.
Kalau di Malaysia, frasa 'kat atas nanti ada kedai kopi' sering digunakan sebagai bahan lawak motivasi di kalangan para pendaki, kerana hakikatnya tiada sebarang kedai baik di sepanjang jalur pendakian mahupun di puncaknya.
Tetapi kalau mendaki di Indonesia, itulah bab yang seronoknya. Kalau dikatakan ada kedai kopi, memang betul-betul ada! π Pelbagai jenis minuman panas dan gorengan boleh dinikmati di kedai-kedai kopi yang banyak di puncak gunung ini.
Dapatlah para pengunjung mengurangkan kesejukan sementara menanti matahari yang terbit sekitar jam 5 pagi.

Wednesday, January 11, 2017
Puncak Guerute, Aceh
Saya ke Aceh lebih awal daripada Jogja dan Padang, tetapi tidak terasa untuk bercerita tentangnya. Ada memori luka di Hotel Hip Hope Aceh (not recommended to anyone at all) yang mengambil masa untuk saya lupakan.
Tetapi harus saya akui bahawa pemandangan laut yang terindah yang saya pernah lihat seumur hidup saya adalah pemandangan dari Puncak Gunung Guerute ini. Bayangkan anda dapat melihat sekumpulan ikan yang berpusar di tengah-tengah laut, sekumpulan kerbau melintasi sungai di pinggir pantai, kebun-kebun seumpama dalam permainan FarmVille, gunung-ganang yang indah berbalam-balam dari kejauhan - semuanya dari puncak ini.
Sekiranya anda bukan pendaki, usah bimbang kerana puncak ini tidak perlu didaki menggunakan tulang empat kerat anda. Boleh saja sampai di sini menaiki kenderaan.
Terdapat banyak warung-warung kopi di tebing-tebing gunung ini yang menawarkan anda tempat duduk untuk anda menikmati pemandangannya yang indah sambil minum-minum. Kami memilih menikmati air kelapa segar berbanding kopi Aceh yang terkenal itu.
Apa yang menyedihkan adalah sikap tidak endah pengusaha-pengusaha warung kopi di sini yang membuang sampah-sarap dari warung mereka terus ke tebing di pinggir warung. Rasa tersayat hati saya melihat betapa mereka tidak mensyukuri keindahan alam yang telah dikurniakan kepada mereka dengan sewenang-wenangnya mengotorinya.
Namun begitu, sekiranya anda hanya berpeluang untuk menziarahi satu tempat sahaja di Aceh, inilah tempat yang saya pasti anda akan rasa berbaloi mengunjunginya.

Tuesday, January 10, 2017
Aiskrim Pedas
Pernahkah anda merasa aiskrim yang pedas? Sekiranya belum, sewaktu di Goa Pindul, jangan lepaskan peluang untuk merasa rojak aiskrim ini.
Ia merupakan campuran hirisan buah-buahan seperti rojak buah, lengkap dengan hirisan cili padi, yang kemudian diletakkan aiskrim di atasnya. Bayangkanlah apabila aiskrim bercampur dengan rojak buah yang pedas ini, rasanya sungguh umphhhh πππ.
Terkagum sekali lagi dengan kekreatifan peniaga di sini - betapa mereka sentiasa berusaha mencipta kelainan (Unique Selling Point) biarpun hanya menjual aiskrim.

Sunday, January 08, 2017
Walang goreng
Bukan sekadar minuman eksotik kopi luwak dan buah eksotik salak madu yang dapat saya cuba di Jogja, saya juga berpeluang merasa makan eksotik walang goreng buat julung-julung kalinya. Walang ertinya belalang.
Sebenarnya agak geli juga apabila melihat walang yang sudah digoreng ini kerana warnanya menyerupai lipas, terutama apabila melihat kakinya - memang terbayangkan kaki lipas. Tapi rasa ingin tahu saya mengatasi segalanya, apatah lagi bila Syafie Sahdan betsungguh-sungguh meyakinkan saya yang ianya enak - segera saya padamkan gambaran lipas dan gantikan ia dengan gambaran udang goreng rangup. (Masa ni rasa seperti sedang beraksi dalam rancangan Fear Factor. π )
Dan... saat saya merasa keenakan walang ini, saya sudah tidak boleh berhenti mengunyahnya... terus mencuba satu lagi dan satu lagi dan satu lagi... serta menggalakkan rakan-rakan yang lain untuk mencuba. Walau bagaimanapun, saya tidak tergamak untuk makan kepala belalang. Maka, hanya badannya yang saya makan dan kepalanya saya serahkan kepada supir kami Wandha Imawan untuk dimakan. π
Terima kasih Wandha, untuk pengalaman ini.
Buah salak
Orang Malaysia, kalau nampak buah salak di Indonesia, memang tersangatlah teruja. Kiranya buah ni sangat eksotik di Malaysia kerana agak sukar ditemui di mana-mana. Apatah lagi rakan-rakan saya yang berpeluang melihat buah ini di pokoknya.
Di gerai ini, di Jalan Kabupaten Sleman di Jogja, ada salak biasa dan salak madu. Walaupun saya bukan penggemar buah ini dan hanya merasa segigit saja, saya terpaksa akui yang salak madu sangat lazat. Harganya pula hanyalah IDR20000 sahaja untuk sekilo. Salak biasa pula cuma IDR7500 sekilo. Kalau ibu-ibu saudara saya ke sini, pasti berkilo-kilo diborong mereka.
Adakah anda penggemar buah salak? Cer komen sikit.
Saturday, January 07, 2017
Kopi Luwak Pawon
Tidak jauh dari Candi Pawon yang saya ceritakan sebelum ini, terdapat sebuah kedai kopi yang comel. Bukan kedai sebarang kedai, ianya juga merupakan sebuah rumah produksi kopi luwak (di Malaysia dipanggil kopi tahi musang), yang terkenal sebagai kopi yang paling mahal di dunia.
![]() |
Bijian kopi yang masih bersalut tahi luwak dijemur dan dikeringkan. |
![]() |
Bijian kopi yang telah dicuci dan dibersihkan dijemur semula sehingga kering. |
Walaupun telah lama tahu tentang kewujudan kopi ini, tidak pernah saya rasa teringin untuk merasanya. Saya fikir, gilalah saya kalau hendak minum sesuatu yang telah menjadi tahi... π Siapa sangka akibat termakan desakan rakan-rakan, dan melalui penerangan yang diberikan oleh pihak produksi dan jaminan bahawa kopi ini 100% "hygenic", saya minum juga sesisip dua.
![]() |
Kopinya saja yang perlu dibayar, kerepeknya boleh dimakan percuma. ;) |
Harga sebungkus kopi luwak pawon ini adalah IDR400000 (lebih kurang RM126) untuk setiap 100 gram, terdapat dalam bentuk biji dan juga bentuk serbuk. Bagi secawan kopi luwak ini pula, harganya di sini adalah IDR25000 (RM8... ok la... murah sikit kot daripada kopi starbucks).
Walaubagaimanapun, kalau anda tanya saya apakah istimewanya - pada saya sama sahaja seperti kopi pekat yang lain, baik kopi Aceh, kopi Penang ataupun kopi di mana jua... iaitu pahit - kerana itulah saya tidak minum kopi. Jangan marah... ππ
Subscribe to:
Posts (Atom)