Mula-mula nampak tangga ni... berpeluh juga. Wahhh... tingginya macam tangga Batu Caves. Tapi rupanya kurang 25 anak tangga berbanding Batu Caves.
Tahukah anda Gunung Bromo (2329m) merupakan gunung yang paling popular dan paling sering didaki di Indonesia? Ia tersenarai antara 10 perkara teratas yang wajib dilakukan di Jawa.
Tangga ini terletak di bahagian yang paling curam di gunung ini dan membawa para pengunjung terus ke puncak tebing kawah gunung berapi ini. Terdapat 250 anak tangga yang terbahagi kepada dua bahagian - sebelah kiri untuk mendaki ke atas, manakala di sebelah kanan untuk yang menuruni gunung ini.
No comments:
Post a Comment