Originally published in Geocities in 1999.
DALAM DIRI 1
Di persimpangan ini
aku terhenti
aku tertanya-tanya
ke mana aku nak pergi
Jalan yang kanan atau yang kiri
atau yang sedia terbentang di tengah-tengah
Jika ke kanan, pasti banyak tentangan,
Jika ke kiri, pasti aku tersesat,
Jika ke tengah, pasti tiada rintangan,
tetapi pastikah aku
tidak akan tersesat?
DALAM DIRI 2
Ustazah Siti Hajar pernah bercerita:
"Dunia ini ibarat pentas dan manusia adalah ibarat pelakon-pelakonnya. Satu hari nanti pentas ini akan digulung, dan setiap lakonan akan dihitung..."
Ustaz Nik Daud juga pernah mengajar:
"Manusia dijadikan Allah untuk menyembahNya. Kita lahir ke dunia dengan ikatan janji terhadapNya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah di muka bumi ini..."
Abang Koji pun pernah mengingatkan:
"Islam memang menyuruh kita bersederhana tetapi itu tidaklah hermakna dalam menunaikan perintah Allah pun kita bersederhana, sesiapa yang berusaha melaksanakan hukumnya dengan lengkap dituduh "extreme"...
Kini hatiku pula berkata:
"Ah... tersilap konsep aku rupanya... bersederhana hanya dalam menunaikan perintah dan larangan Allah sahaja, sedang dalam hal lain tak pula aku ingat untuk bersikap sederhana. Berlakon... selama ini berlakon saja aku rupanya. Aku tak perasan pula peranan apa yang aku dah bawa, penjunjung titah atau pendurhaka? Apakah perananku sebagai Hamba dan Khalifah Allah telah aku jalankan dengan berkesan... yang patuh atau yang engkar? Yang meninggalkan rasa kasih atau rasa benci...pada Penghitung lakonanku?"
Mima Zohds
Adakalanya
kita kurang meneliti ciptaan Tuhan
kita lupa Dia yang menjadikan
lalu kita angkuh dalam kehidupan
Adakalanya
kita terlupa bahawa kita adalah hambaNya
lantas kita pilih jalan sendiri
tanpa menghiraukan jalan yang disediakan
atas dasar 'kesederhanaan'
Zaman ini
zaman manusia kembali kepada agama
sebagai ad-din
tapi aku masih ketinggalan
kerana gagal menembusi tembok kehidupan.
Mima Zohds
2 comments:
madam,
it's a great movement..i love it!
Thank u, I'm glad u like it! :)
Post a Comment