Sunday, November 09, 2008

Cerita-ceriti Raya


My other group of new children in USIM:
Awin, Ekin, Syida, Farah, Pijah, Fatehah, Nik, Fizah, Aty, Izzaty & Wawa
- Abdullah Fadzil (jurugambar)

Raya tahun ni memang terasa meriahnya. Entah kenapa selama bertahun-tahun aku tak pernah suka beraya, tapi tahun ni rasanya seronok sungguh... walaupun tahun ni turn raya di rumah mak mertua, dan plan aku nak tukar langsir baru (yg ada tu dah 3-4 kali raya) tak menjadi... Punya la sakan beraya minggu pertama, sampaikan minggu kedua aku kong kerana demam teruk...

Dalam pada suka2 tu, sedih pun ada, kerana dgn tamatnya Syawal, tamatlah servis aku di USIM dan MFI unt semester ini. Yelah, walaupun mungkin jumpa lagi, environment tu dah tak sama mcm dlm kelas kan... di USIM kali ini aku ada 13 + 12 anak2 or adik2... (mana2 kategori pun boleh) - kat MFI 41 orang. So aku ingat alang2 dah raya tu, aku buatlah makan2 untuk anak2 aku ni - kira2 majlis perpisahan le tu...

Excited gak masa merancang majlis ni... yelah, aku ni sebenarnya anti-sosial sikit. Jarang ajak org dtg rumah, apa lagi ramai2 macam ni. Kedua, aku biasa masak untuk habis2 bnyk 4-5 org makan je... ni nak masak untuk ard 70 ppl... cam ne ek....? So, aku pun dapatkan le pertolongan anak2/adik2 angkat sulung aku untuk jadi bentara majlis la kononnya.

Alkisah, sibuk la sikit minggu tu. Aku ajak diorg dtg Sabtu petang jam 5, tp Jumaat malam baru aku sempat nak membeli bhn2 mentah nak masak. Dh tu org belakang rumah buat majlis birthday anak dia, kwn anak aku gak... so, kena la singgah. Since hajat hati nak menjamu laksa dan nasi goreng cina, terpaksa la aku berjaga sampai ke 4 pg menyiang ikan dan memotong ayam. Tu pun anak bujang aku si Irsyad dan anak angkat aku si Nabil dah tolong vacuum rumah dan settlekan muffin sampai jam 1 pagi.

Paginya pulak ada kerja, nk kena gi ofis IH... pas tu visit anak buah di hospital... dekat2 kol 2 baru sampai rumah babe... Kelam-kabut aku dibuatnya... Baru la nak perisi ikan yg aku rebus malam sebelum tu, nak kupas bawang dan bermcm2 lagi yg x sempat aku nak layan malam sebelumnya.

Bentara2 aku yg janji nak dtg tlg kol 2 datang lebih krg kol 4... Tu pun nasib baik datang... dapat le aku delegate kerja2 memotong itu dan ini yg remeh-temeh dlm pembuatan laksa tu kat diorg... Adik aku yg janji nak bawakkan dapur api besar dia tu pulak tak sampai2, so terpaksa la kitorg memulakan proses memasak kuah laksa menggunakan periuk besar (periuk kenduri) yg kupinjam dari mak aku, atas api dapur aku yang hidup segan mati tak mahu tu... Akibatnya, bila tetamu2 aku dh sampai lewat jam 5 tu, kuah laksa kitorang tu macam jauh je lagi nak mendidih...

Nasib baik adik aku sampai kala tu... dapatla tutup dapur aku dan guna api dapur dia. Boleh le sebelah masak laksa dan sebelah lagi wat nasi goreng cina. Urusan tu semua di ambil-alih oleh adik aku dan bentara2 di dapurku petang itu... Aku kena layan tetamu, tapi dgn makanan yg belum siap, mati kutu gak aku nak melayan diorg, habis2 pun takat pelawa suruh minum air dulu le...ahak ahak... Nasib baik lepas tu kuar le kuah laksa dan nasi goreng sikit2... tak tau le aku apa perasaan tetamu aku hari tu... susah2 datang, dah la jamuannya tak seberapa - kena lak tunggu lama macam tu. Dalam hati aku rasa serik nak kumpulkan diorang ramai2 mcm tu lagi... Tu pun students aku yg dari MFI x sampai 20 kerat yg dtg... Lepas2 ni kalau aku nak ajak diorg makan, aku ajak satu kelas demi satu kelas... pas tu pot luck... ha ha ha...

So... ni le rupa2 majlis aku hari tu...



MFI guests- all male, babe! Kalu suami aku ada, sure dia jealous tak pasal2.


Some of my USIM girls... (gambar tak cantik..anak aku yg amik...)
Girls, kalau u all ada gambar elok sikit, tlg email yek...

Piknik para penanggah (kat belakang rumah).



Sedia berkhidmat - Fazlan (USIM) dan Kamal (MFI)


Tak lupa ucapan terima kasih kepada Hamizah yang tak berhenti2 mencuci pinggan mangkuk.


Farah dgn misi membuat kek coklatnya... tak sangka Kamal pandai bagi konsultansi pasal kek...


Bentara2 aku yang lain melepaskan lelah... sis Nana, son Irsyad,
Fithri, Hasnur, Asila,
Mahmudah, Izzati, Adila...

Thanks everybody. All of you (baik yg sudi mampir, mahu pun yg tlg rewang) had made the recent hari raya a very meaningful one for me. Love all of you. Mmmmuah!!!

3 comments:

Durratul Akhyar said...

anti-sosialkah? i think you're very friendly..btw, thanx a lot for invited us 2 ur house..

missing u so much..muahh..madam

p/s: fisha ada kim salam ms open house tp sy tlupe nk bitau..hehe..sori

Azimah Mima said...

Thank u for coming... Miss you guys so much! Lain kali datang lagi, k?

Durratul Akhyar said...

insyaAllah..lenkali ktorg dtg lg