Sunday, July 03, 2016

Rumah Perlindungan Nur Hati


Minggu lalu saya telah berpeluang mengunjungi rumah Nur Hati di Ampang, bersama rakan-rakan bekas pelajar Asrama Toh Puan Norashikin, Yayasan Selangor, mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) menyampaikan sebahagian sumbangan yang telah diterima drp cikpuan2 dan tuan2 yg dermawan. 

Rumah ini dihuni oleh 10 orang anak-anak terbuang dari peringkat bayi hingga ke 6 tahun, 15 orang anak-anak yg bersekolah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 3, dan selebihnya orang-orang dewasa (yg juga terbuang atau sedang menghadapi masalah) yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka seramai 48 orang kesemuanya. 

Rumah ini adalah antara rumah perlindungan yang masih agak dhaif di kota Kuala Lumpur. Oleh kerana mereka masih belum selesai urusan pendaftaran dgn JKM, mereka juga belum layak menerima bantuan drp pusat-pusat zakat atau organisasi2 formal; hanya mengharapkan sumbangan drp orang ramai sahaja. 

Sekiranya tuan2 dan cikpuan2 ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah menyumbang terus ke akaun pertubuhan Nur Hati seperti berikut:

CIMB 8600769854
BSN 14100-41-00016617-7

Didoakan rahmat Allah swt sentiasa bersama anda. Aamiin.

Rumah Perlindungan Opah Hasnah

Alhamdulillah diizinkan Allah buat saya dan beberapa orang rakan mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) yang diterajui oleh Puan Jati Faizah, bagi menyampaikan sumbangan rakan-rakan lain yang budiman, buat Opah Hasnah.

Nenek berusia 76 tahun ini memelihara lebih kurang 16 orang cucu di kediamannya di Bukit Kuda, Kelang. Beliau asalnya memelihara 6 orang cucu kandungnya yang ditinggalkan oleh 2 orang anak-anaknya yang telah lebih dahulu kembali ke rahmatullah.

Namun beliau kemudiannya diziarahi oleh individu-individu yang kononnya menitipkan anak-anak mereka "sekejap" sementara mereka keluar sebentar, tetapi ternyata tidak pulang-pulang untuk mengambil anak mereka.

Sebagai seorang yang lembut hati, beliau juga tidak mampu menolak bila ada yang terus-terang ingin menyerahkan bayi mereka kepadanya. Maka bertambahlah cucu-cucu Opah Hasnah.

Alhamdulillah menurut Opah Hasnah, Allah aturkan rezeki yang tidak putus-putus buat beliau dan cucu-cucunya. Ada sahaja pihak yang mengambil-berat akan kebajikan mereka.

Sekiranya anda juga ingin bertemu dan mengambil aura insan yang sungguh hebat ini, beliau boleh diziarahi di alamat No.20, Jalan Dato Mohd Sidin, Taman Ros, Bukit Kuda, Klang.

Jazakallahu khairan.