Saturday, August 13, 2016

Istimewa rumah nenek

Lama tidak terdengar kokok ayam. Subuh tadi terdengar ayam berkokok dan terus terimbau kenangan lama. Waktu kecil-kecil dahulu, kalau terjaga dari tidur dan terdengar bunyi ayam berkokok, hatiku pasti terasa lega yang teramat-amat. Itu tandanya aku berada di rumah datuk dan nenek!

Kenapa lega?

Di rumah ada ibu bersuara halilintar dan sangat tegas (aku selalu kena rotan);
di rumah nenek ada nenek yang lembut bicara dan banyak bertolak-ansur. 😍

Di rumah ada adik-adik yang usianya lebih muda dan aku dipertanggungjawabkan sebagai kakak sulung;
di rumah nenek ada pakcik makcik yang lebih berusia daripadaku dan aku berpeluang menjadi adik kecil... 😁

Di rumah, dindingnya kiri kanan batu tidak bertingkap (rumah teres) dan halamannya kecil serta berpagar;
Di rumah nenek, dinding mana-mana arah pun ada banyak pintu dan tingkap, saujana mata memandang, manakala halamannya luas... di hadapan ada kolam ikan dan kebun jambu air, di tepinya pokok jambu batu dan pokok-pokok orkid, dan di belakangnya ada pokok sukun dan kebun nenas.

Di rumah, waktu senggang di isi dengan bermain basikal sekitar kawasan perumahan ataupun main berlakon-lakon dengan adik-adik di dalam bilik;
Di rumah nenek, waktu senggang aku dan makcikku bermain masak-masak pucuk paku yang di petik di kebun getah sebelah, dengan menggunakan kuali dan api sebenar di kebun nenek, atau membuat wau bulan dan melayangkannya bersama pakcik makcik yang lebih dewasa di halaman rumah jiran.

Indahnya kenangan hidup di kampung. 😊


Sunday, July 03, 2016

Rumah Perlindungan Nur Hati


Minggu lalu saya telah berpeluang mengunjungi rumah Nur Hati di Ampang, bersama rakan-rakan bekas pelajar Asrama Toh Puan Norashikin, Yayasan Selangor, mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) menyampaikan sebahagian sumbangan yang telah diterima drp cikpuan2 dan tuan2 yg dermawan. 

Rumah ini dihuni oleh 10 orang anak-anak terbuang dari peringkat bayi hingga ke 6 tahun, 15 orang anak-anak yg bersekolah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 3, dan selebihnya orang-orang dewasa (yg juga terbuang atau sedang menghadapi masalah) yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka seramai 48 orang kesemuanya. 

Rumah ini adalah antara rumah perlindungan yang masih agak dhaif di kota Kuala Lumpur. Oleh kerana mereka masih belum selesai urusan pendaftaran dgn JKM, mereka juga belum layak menerima bantuan drp pusat-pusat zakat atau organisasi2 formal; hanya mengharapkan sumbangan drp orang ramai sahaja. 

Sekiranya tuan2 dan cikpuan2 ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah menyumbang terus ke akaun pertubuhan Nur Hati seperti berikut:

CIMB 8600769854
BSN 14100-41-00016617-7

Didoakan rahmat Allah swt sentiasa bersama anda. Aamiin.

Rumah Perlindungan Opah Hasnah

Alhamdulillah diizinkan Allah buat saya dan beberapa orang rakan mewakili Kelab Penyayang Norashikin (KEPENOR) yang diterajui oleh Puan Jati Faizah, bagi menyampaikan sumbangan rakan-rakan lain yang budiman, buat Opah Hasnah.

Nenek berusia 76 tahun ini memelihara lebih kurang 16 orang cucu di kediamannya di Bukit Kuda, Kelang. Beliau asalnya memelihara 6 orang cucu kandungnya yang ditinggalkan oleh 2 orang anak-anaknya yang telah lebih dahulu kembali ke rahmatullah.

Namun beliau kemudiannya diziarahi oleh individu-individu yang kononnya menitipkan anak-anak mereka "sekejap" sementara mereka keluar sebentar, tetapi ternyata tidak pulang-pulang untuk mengambil anak mereka.

Sebagai seorang yang lembut hati, beliau juga tidak mampu menolak bila ada yang terus-terang ingin menyerahkan bayi mereka kepadanya. Maka bertambahlah cucu-cucu Opah Hasnah.

Alhamdulillah menurut Opah Hasnah, Allah aturkan rezeki yang tidak putus-putus buat beliau dan cucu-cucunya. Ada sahaja pihak yang mengambil-berat akan kebajikan mereka.

Sekiranya anda juga ingin bertemu dan mengambil aura insan yang sungguh hebat ini, beliau boleh diziarahi di alamat No.20, Jalan Dato Mohd Sidin, Taman Ros, Bukit Kuda, Klang.

Jazakallahu khairan.

Sunday, May 08, 2016

Paragliding @ Paralayang

Apa yang saya pelajari tentang paragliding/paralayang dalam tempoh sehari bersama paragliders di Kuala Kubu Baru (walaupun saya tidak terbang):



1. Sama seperti memancing, sukan ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Sabar menunggu giliran, sabar menunggu angin yang datang dari arah yang tepat, juga sabar mendepani keadaan cuaca yang boleh berubah secara tiba-tiba.

Ada paragliders yang datang daripada Perak dan telah bersedia untuk terbang, tetapi terpaksa membungkus paralayangnya apabila hujan rintik mula turun secara tiba-tiba.

2. Tiada istilah datang pagi dan hendak pulang tengahari. Seluruh hari perlu diperuntukkan hanya untuk aktiviti ini.

Saya dan rakan-rakan bertolak daripada Cyberjaya sekitar jam 8.40 pagi dan tiba di KKB pada jam 11.00 pagi. Saya menunggu di puncak dengan ketinggian lebih kurang 1400m dengan harapan untuk terbang sejak waktu Zohor lagi. Namun, setelah 3 jam berada di puncak yang panas lagi kontang itu, akhirnya terpaksa turun dengan berjalan kaki selama hampir 1 jam.

3. Setiap paraglider perlu bersedia untuk "hiking". Ada antara yang saya temui, pernah mendaki Gunung Kinabalu dan Gunung Rinjani semata-mata untuk terjun bersama paralayang mereka daripada aras yang lebih tinggi untuk kepuasan maksima.

4. Setiap paraglider mempunyai kisah duka mereka. Jatuh tergolek perkara biasa, ada yang pernah terlanggar tembok batu, patah sana sini dan sebagainya.

Pendek kata, bukan mudah untuk terbang. Semua yang mudah, bermula dengan susah. Sama seperti kita saat mula belajar berjalan.

5. Bagi seorang freelancer seperti saya, sukan ini menawarkan salah satu opsyen bagi menghasilkan pendapatan. Bayangkan untuk membawa seorang penumpang di KKB, anda dibayar sebanyak RM250.

Namun begitu kos pelaburannya juga bukanlah murah. Untuk mendapatkan lesen, anda perlu melabur sebanyak RM1800 bagi menghadiri sesi latihan, dan sebanyak RM8000 - 11000 untuk membeli peralatan sukan paralayang ini.

Nah, menarik kan?

Sunday, January 03, 2016

Sibayak Volcano


Mt. Sibayak (Indonesian:Gunung Sibayak), is a small stratovolcano, or also called a composite volcano. Located in northern Sumatera, Indonesia, it overlooks the town of Berastagi.

Although its last eruption was more than a century ago, the many steam vents which produce crystalline sulfur, and hot springs on and around the volcanoes prove that geothermal activity is still high there.

Sulfurous gases has also caused acidic discolouration of the small crater lake. What's interesting, we can actually go inside the cold crater lake to take pictures in it!

At the height of 2212m/7257ft, the mountain is surprisingly quite easy to climb and has been popular amongst activity-based tourists in Medan.

To join me on my next trip here in May 2016, drop a message via WA +60133881855.