Monday, March 22, 2010

Bercucuran airmata

Begini rupanya perasaan ibu yang kehilangan anaknya. Tidurku tak lena, mandi pun tak basah - lebih teruk daripada orang bercinta. Siang malam berjuraian airmataku mencurah. Kalau ditadah, dah bercawan-cawan gamaknya. Tak mengapalah...

Antara airmata dan cita, biarlah airmataku yang tumpah asalkan citaku dan citamu tercapai. Antara ilmu dan rindu, biarlah kupendamkan saja rindu yang membuak-buak ini asalkan dadamu sarat dipenuhi ilmu.

Ingatlah anakku, setiap titis airmata dan setiap hela nafas rinduku diiringi dengan do'a agar kau mampu menjadi insan yang mulia di dunia dan di akhirat. Amin...

Sunday, March 14, 2010

Selamat jalan


Telah banyak yg kita tempuhi bersama, suka duka, tangis dan tawa. Dari putih ke mocha silver, kau menemaniku ke LKW, PM, Amway, Avail, MFI dan USIM, meneroka pengalaman, menimba ilmu, mengejar impian dan mengenalpasti bakat terpendam juga kelemahan diri. Bersamamu siang dan malam kutemui manusia2 hebat lagi mengkagumkan.
Kau seumpama tangan yg memimpinku untuk menjadi lebih dewasa, seumpama sayap yang membawaku terbang demi melihat dunia yang lebih luas dan akhirnya seumpama kaki yang mengembalikanku berpijak di bumi nyata. Bersamamu akhirnya kutemui jati diri, siapa aku sebenarnya dan apa mahuku.
Sungguh sedih melepaskan kau pergi jauh dari pandangan mata ini buat selama2nya. Jasamu terlalu banyak sungguhpun kadang-kala kau meragam dan terpaksa kupujuk menggunakan wang! Dengan hati yang berat akhirnya kurelakan kau pergi - semoga kau mampu terus berbakti - menemani seorang lagi manusia mengenali erti dewasa. Pergilah satria - sungguhpun kau hanya Iswara, kaulah satria hidupku.

Saturday, March 06, 2010

Sapa la punya kerja...?


Ini kes langgar lari. Masa nak balik dr tempat kerja semalam, aku tengok kereta ni dah macam ni pulak rupanya kat tempat parking. Parking space kat sebelahnya dah kosong. Sah le, aku kena niaya. Dah hentam, tinggal gitu je. Sapa2 yg buat kerja macam ni bertaubat le. Takut2 lepas ni dia pulak yang kena hentam dan bukan setakat body kereta dia yang melengkung - body dia sekali melengkung. Terbang lagi RM250...

Tuesday, March 02, 2010

The car's gone crazy


I had a tough time driving home today. Imagine the car honking all the way for more than 20 kms on its own. People didn't know that though, so all the other motorists and people at the roadside stared at me angrily. How embarassing! They must have thought of me as someone who's having this manic depression or something. The mechanic told me that this whole part inside the steering needs to be changed - and it's going to cost me RM300-400 - and it can only be done tomorrow. Oh, what a day!