Tahun ini merupakan bab baru dlm hidup anak2ku. Irsyad ke sekolah menengah dan Naufal pula ke sekolah rendah. Gambar di atas diambil ketika mereka seronok mencuba pakaian sekolah masing2 sebelum menyertai program orientasi di sekolah masing2 keesokannya.
Malangnya awal2 sekolah dah bermacam2 malang menimpa yg menumpulkan keterujaan mereka. Naufal telah ditukarkan kelas selepas seminggu selesa dgn kawan2 barunya di Tahun 1 Jupiter. Alasannya, bagi mengimbangkan bilangan pelajar setiap kelas. "Depressed" sungguh Naufal masa tu. Terbang semangatnya nak ke sekolah.
Dua tiga hari kemudian berlaku kemalangan di kantin akibat kecuaian pihak pentadbir sekolah di mana palang yg dibuat dari bata sbg pengadang kantin telah runtuh dan menimpa tangan kanan Naufal. Nasib baiklah Naufal kidal.
Irsyad pula sentiasa menjadi ancaman pelajar2 samseng di sekolah menengah dan terpaksa berikhtiar sendiri untuk "survive" memandangkan guru2 pun tak dapat berbuat apa2 sekiranya peristiwa diugut dan dibelasah diadukan; malah pelajar2 yg mengadu bakal kena belasah dgn lebih teruk lagi. Apatah lagi kalau ibu bapa yang datang mengadu atau laporan polis dibuat.
Fikir2 dan kenang2 semula memang tak seronok jadi pelajar. Politiknya adakala lebih hebat dari politik di tempat kerja. Patutlah ramai yang memilih "homeschooling" sekarang - "at least for the peace of mind'. Apa agaknya komen Kementerian Pendidikan ya?
Aku memang minat sangat dengan konsep "homeschooling" ni. Masalahnya, kalau aku jadi cikgu di rumah, siapa pula nak mengambil-alih bayaran hutang2 bank dsbnya? Tambahan pula aku fikir, anak-anak perlu ada ruang keluar dari bawah ketiak mak-bapak dan belajar bergaul dan berdikari dalam masyarakat, dan sekolah merupakan wadahnya. Sekolah juga merupakan tempat terhimpunnya minda2 intelek yang majoritinya amat dedikasi dalam penyebaran ilmu yang membolehkan anak-anak berguru dan menimba serta mengumpulkan ilmu yang terbaik daripada setiap minda ini.
Harapan aku, pihak sekolah dan kementerian, tolong-tolonglah ambil-berat isu keselamatan pelajar di dalam dan di sekitar kawasan sekolah. Pihak polis pula janganlah pandang laporan2 yang berkaitan dengan gangsterism di sekolah dengan sebelah mata saja... Masing-masing janganlah tunggu sehingga berlaku kematian baru nak bertindak.
Kembalikanlah kuasa merotan guru-guru agar mereka kembali "bertaring" dan mampu mengawal kerenah pelajar. Aku sendiri pernah meggunakan rotan ketika bertugas sebagai guru di sekolah dulu, tetapi dipanggil pula oleh Pengetua.
"Cikgu," katanya. "Sekarang ni kita di sekolah mengamalkan budaya penyayang. Dah tak boleh rotan-rotan budak ni..." Jawabku, "Puan, sebab saya sayangkan diorang lah saya rotan... Kalau tak, buat apa saya nak kisah, nak tertungging ke, nak terlangkup ke, bukannya ada kena-mengena dengan saya...Lagipun, anak-anak murid saya siap cakap lagi "Eleh cikgu, tak sakit pun cikgu rotan?" Saya bagitau mereka, saya rotan bukan nak bagi diorang sakit, cuma nak bagi diorang ingat..."
Bagi para guru, bila merotan, perlulah dimulakan dengan Bismillah dan disertakandengan niat yang ikhlas - untuk membetulkan, untuk mendidik dan bukannya untuk melepas geram seperti yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini - tentang guru yang merotan muridnya berkali-kali di bahu hingga cedera... Kalau gitu namanya, cikgu tu le pulak yang jadi kaki buli di sekolah...
Hai, sekolah oh sekolah...