Sunday, December 21, 2008

Kemeriahan 2009

Walaupun masih ada lebih kurang 10 hari lagi sebelum tahun 2009 muncul, aku sudah dapat merasakan yang tahun itu bakal dipenuhi dengan kemeriahan.

Masa kan tidak... kawan2ku di Astopunk sejak hari raya puasa tempoh hari sudah pun merancang untuk mengadakan majlis pertemuan semula (kata mat sallehnya - reunion) selepas lebih 20 tahun kami membawa haluan masing2.

Sebelum ini ada juga reunion kecil2an, setakat mana yg ada terjumpa semula sedikit demi sedikit - setakat minum2 di MidValley pada tahun 2001 atau 2002, kemudian majlis2 hari raya di sini dan sana seperti di rumah Zaza (2004 atau 2005), rumah Ana (2007) dan rumah Tati (2008 - yg aku ketinggalan). Banyak yang "atau" kerana daya ingatanku yang agak "kureng".

Dijangkakan, majlis ini nanti bakal jadi yang terbesar sementelah lebih ramai rakan2 seAstopunk (senior '87) yang telah dapat dijejaki. Majlis telah dirancang untuk diadakan semasa cuti Tahun Baru Cina di Bagan Lalang - kami dan keluarga akan bermalam di sana. Butir-butir terperinci masih samar2 tetapi dari apa yang telah dibincangkan, mungkin akan ada majlis makan malam, sukaneka dan lain-lain.

Konsep yang telah dipersetujui ialah Retro 80an... zaman2 itu kami semua cuba nak rock dan biasanya fesyen kami di asrama ketika itu digelar fesyen "rock tak menjadi". Yalah, di asrama wajib berbaju kurung. Mana berpeluang untuk bergaya dengan jeans selalunya. Maka jadilah baju kurung yang lengannya dilipat hingga ke siku, dan kain yang tidak bergetah atau bercangkuk - hanya dilipat ala kain batik - senteng lagi! Yang bertudung, masa tu fesyennya tudung ikat di belakang dan menampakkan leher. Zaman itu, kalau bermini telekung pun sudah dikata orang "nak tunjuk alim".

Harap2nya ramai yang dapat menyertai majlis itu nanti. Aku juga berdo'a agar tiada aral yang bakal melintang buat aku sekeluarga menghadirinya.

Di sekitar kawasan perumahanku juga kujangka pasti bakal meriah. Jiran di sebelah kananku, kak Ani, baru sahaja pergi ke Puchong untuk meminang bagi pihak anak lelakinya minggu lepas. Majlis perkahwinan mereka dijangka bakal diadakan pada bulan Jun.

Pasangan yang tinggal selang satu rumah pula, Pak Man dan Kak Mah, telah menerima kunjungan peminangan dari Perak pada hari yang sama Kak Ani pergi meminang. Majlis juga dijangka diadakan pada 2009 - hanya tarikhnya yang belum ditetapkan.

Manakala, Pak Abu dan Kak Mas, jiran di sebelah kiri, juga merancang untuk mengadakan kenduri kahwin anak perempuan mereka tahun hadapan... Alamatlah rumahku akan menjadi sebahagian daripada proses kenduri2 tersebut...

Di pihak keluarga sendiri pula, ibu, pakcik2 dan makcik2ku sedang mengusahakan penubuhan sebuah yayasan keluarga efektif pada tahun 2009. Pastinya keluarga kami yang besar ini akan berkumpul dengan meriahnya berikutan mesyuarat demi mesyuarat di peringkat awal penubuhannya.

Demikianlah, belum pun muncul 2009, sudah aku rasakan kesibukan dan kemeriahan yang bakal kutempuhi.

Monday, December 01, 2008

Sad movies for the simple past tense.

This is the worksheet I've prepared to revise the lessons on the simple past of regular and irregular verbs.


SAD MOVIES (ALWAYS MAKE ME CRY)
(Words and Music by John D. Loudermilk)
Sue Thompson

Sad movies always make me cry

He _______(say) he ______(has) to work so I ________(go) to the show alone
They _______(turn) down the lights and ______(turn) the projector on
And just as the news of the world _______(start) to begin
I ______(see) my darling and my best friend walk in

Though I was sitting there they _______(not see)
And so they ______(sit) right down in front of me
When he ________(kiss) her lips I almost _______(die)
And in the middle of the color cartoon I _______(start) to cry.

Oh-oh-oh sad movies always make me cry
Oh-oh-oh sad movies always make me cry

And so I ______(get) up and slowly ______(walk) on home
And mama ______(see) the tears and ________(say) "what's wrong?"
And so to keep from telling her a lie
I just _______(say) "sad movies make me cry"

Oh-oh-oh sad movies always make me cry
Oh-oh-oh sad movies always make me cry
Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
Ooh, ooh, ooh, ooh

Sad movies make me cry


Original lyrics was from: http://lyricsplayground.com/alpha/songs/s/sadmoviesalwaysmakemecry.shtml


I just hope I would remember to remind my students not to do what the girl did - leaving her unfaithful boyfriend and her backstabbing friend right where they were. She should have confronted them right there!! They deserved a slap in their faces right in front of everybody in the cinema... he he... I'm just over-reacting, as usual.