Monday, February 20, 2006

Reunion 18 & 19 February 2006

Some of 'us' then...


Last weekend, Mas and I had tried to conduct a reunion for our long-lost group of friends back in UKM. Asalnya nak buat English camp untuk anak2. After much hardship, at last, we managed to get a place in Hulu Langat - called Impian Country Resort. Sampai last minute, cuma ada 3 orang je yg betul2 confirm - Mas, Badam and me. Din asyik insya Allah je, though kerap didesak dan dipaksa. Dollah janji datang on Sunday, and the whole time jenuh nak pujuk Magi dan Jijoe to drop by. So instead of English camp, we decided to make it just a family gathering, with some outdoor exposure for the kids.

Memang seronok dapat jumpa kengkawan semula setelah sekian lama. Cam Badam dan Dollah... rasanya ada sejak grad dulu tak pernah jumpa... 13 tahun tu lamanya. Memang sebelum ni pun pernah jumpa Magi dan Din, ye lah.. terserempak2 cam tu je kan lain suasananya bila kita dok sekali beriadhah, ye tak?

Petang tu masa saya sampai, Badam dan Mas sudah pun check in... Badam tengah layan anak2nya melukis di beranda chalet tu, saya tak berapa cam Badam masa tu... muka dah bulat sikit, rambut pulak putih (bak kata badam ala2 teknik rebonding gitu...). Nak tegur takut tersalah orang tapi dok le terpandang2 juga. Sampai la Badam menoleh dan tegur saya dulu... :)

Suami dan anak2 Mas semua dah berendam dalam sungai. So kami pun duduk le sembang2 dan berkenal2an dgn ahli2 keluarga masing2 sejenak. Din khabor dia sampai lambat sikit. Sungguh pun, Din sampai lepas Asar dlm jam 6.

Ard pukul 5 Mas dan suaminya keluar ambil anak sulungnya yang ada kursus pengawas. Nizam spt biasa ada free time je musti tidur. Badam & wife - Zalinah pula dah start biz memanggang ayam (Sedap wo...). Masa tu bebudak sekolah menengah kat situ ada aktiviti obstacles so saya bawa la anak2 yang besar2 sikit ni join. Naik sheikh lak bebudak tu panjat cerun guna tali sampai saya tak boleh control, esp hero sulung Badam, si Amzar tu... terpaksala sms badam minta tolong... :P

Petang tu tak de aktiviti lain dah... bebudak semua mandi sungai je la... Lepas dinner pulak - sembang, sembang dan sembang sampai ke tengah malam. Bebudak excited main api yg Badam pasang untuk panaskan ayam panggang dan testing keluar masuk khemah. Kami tunggu2 juga kalau2 Abg Shuhaimi atau Jijoe, atau Magi sampai malam tu... tapi tak de pun...

Malam tu, anak2 bujang iaitu Amzar dan Irfan anak Badam, dan Irsyad anak Nizam (anak saya juga) tidur di khemah yang kami suruh management pasang depan chalet. Bagaimana pun objektif nak bagi anak2 lasak kurang tercapai sbb jam 4 pagi Badam angkat bebudak ni masuk khemah yang dia pasang atas beranda... kesian bebudak sejuk katanya...

The next morning, bila hari dah cerah, kami pun pegi le breakfast. Jam 8 ada jungle trekking, asalnya nak ikut je belakang bebudak sekolah menengah tu. Tapi sebab kami nak bawa anak2 (jangan tak caya, peserta termuda jungle trekking tu ialah Safiah Maisarah anak Din - 1 tahun 3 bulan), Pak Wan toke tempat tu bagi kami jurupandu asing. Kononnya kami di beri track yg kurang mencabar berbanding bebudak sekolah tu...tapi dalam pada kurang mencabar tu, tercabar jugalah, turun naik bukit yang curam lagi licin, terpaksa berpaut pada pokok dan tali, dan last sekali meredah sungai. Saya dan isteri Din, Zahrah, dok risaukan anak2 kecik kami yang didukung oleh bapa2 mereka. Tapi paling tension bila bebudak sekolah menengah yang supposed to lalu trek 4 jam, kami punya 2 jam je - boleh potong kami... He he.. nampak benor dah veteran. Untuk aktiviti ni, Magi yang sponsor bayarannya...

Lepas tu apa lagi, masing2 pun dah basah meredah sungai, bila dah sampai terus je lah berendam. Dalam 30 minit lepas tu, instructor panggil unt buat flying fox. Seronok juga, plan mula untuk bapak2 saja, tapi akhirnya turut disertai oleh ibu (wife Badam je pun...) dan anak2 juga. Memang sungguh bangga dengan anak2 fasis hari tu. Baik yg pompuan mahupun lelaki, semuanya wokeh la - yg termuda buat flying fox hari tu ialah Irfan anak Badam (tahun 1) dan Farhana anak Mas (Tahun 2).

By this time, Dollah dan Magi dah pun join kitorang, tapi dah terlepas acara jungle trekking - tapi masing2 tak nak pula join flying fox. Alhamdulillah, dapat lunch sama2. Tak sangka pulak lepas lunch tu masing2 rush balik - mula2 Mas, lepas tu Dollah, pas tu Badam dan Magi, last sekali tinggal Din dan kami. Tak sempat pun nak buat summation - kalau tahu lepas lunch tu semua dah nak belah, tentu masa lunch tu sendiri saya buat summation.

So aktiviti santai ni dah jadi tersangat santai sampai last2 macam tak de conclusion pula. Saya pun masa tu dah macam terpinga2, pesal tiba2 semua lari meninggalkan kem... sedih pun ada. Insya Allah, memandangkan aktiviti kali ni memang lebih kepada acara bersantai dan reiki tempat je, aktiviti lain kali hopefully we can have a more structured one dan boleh agak cam ne nak budget.

Walaupun kejap, I was happy to be able to spend some time with all of them. Irsyad was very happy as well, this was the first time he was exposed to outdoor. Yong tak datang, tapi dapat juga kami jumpa wakil2nya (yg nampak macam anak Magi instead of anak Yong). Lebih terharu bila Mas replied to my sms saying "I should thank u 4 putting much effort 2 organize d gathering. We haven't seen each other for years. It's reminiscing the sweet memories in our yesteryears. It closes d bond between husbands and wives. Congratulation."

Begitu lah adanya, semoga lain kali dapat berkumpul lagi dan disertai oleh lebih banyak keluarga kawan2...